7.Agar dapur kecil tampak tetap menarik, material dan warna yang dipilih pun harus dipertimbangkan. Material mestilah mudah dibersihkan, tahan panas dan tahan air.  Manakala untuk warna sebaiknya pilih warna yang terang dan cerah. Jangan terlalu banyak memilih warna untuk padu-padannya, dua warna saja sudah lebih daripada cukup.


8.Sekecil mana pun dapur anda, jangan lupa untuk memasang cerobong asap atau hud di atas dapur. Ini kerana dapur sekecil ini pasti membuat anda lemas dengan bauan serta asap daripada masakan.


9. Apabila menggunakan lampu, letakkan titik lampu secara tepat pada titik aktiviti utama. Usahakan agar bias sinar lampu merata dan ruang nampak luas.


10. Bersihkanlah dan keringkan ruang dapur setiap kali selesai memasak agar dapur tetap bersih dan segar. Susun dengan rapi segala kelengkapan agar ruang nampak kemas. Jangan sesekali biarkan kelengkapan berselerak ini kerana memberi impak sempit dan celaru pada ruang itu.


11. Letakkan perabot di dapur yang diatur sesuai dengan fungsinya. Untuk makanan kering tidak ada salahnya bila semua itu diletakkan di dalam sebuah almari yang khusus digunakan untuk menyimpan bahan makanan. Untuk bahagian ini, jangan dicampurkan dengan benda-benda lain, misalnya pembungkus plastik. Semua itu harus mempunyai tempat sendiri.


12. Jangan letak pinggan mangkuk yang sudah kering terbiar di atas singki. Terus simpan di dalam kabinet. Sebaiknya, hindarkan daripada menempatkan peralatan dapur di ruang atau rak bukaan. Simpan di dalam laci yang tertutup.