Mempunyai dapur yang cantik, bersih dan kemas semestinya menjadi pilihan setiap wanita. Ini kerana dapur yang rapi, semangat untuk memasak juga datang dengan cepat. Namun jangan ukur cantik dan selesa itu dari segi keluasan semata. Anda yang mempunyai dapur kecil dan comel juga boleh jadikan dapur anda cantik dan tempat paling selesa untuk memasak walaupun di dalam keluasan minimum. Jika ruang dapur anda hanya berkeluasan 1.80 meter x 1.60 meter, bahagian sekecil ini masih dapat dipergunakan dengan baik.  Ikuti tip ini.

1.Saiz singki yang sesuai dengan keluasan di atas disarankan berukuran 50 cm, 60 cm dan 80 cm manakala 70 cm untuk tinggi agar ia kelihatan comel di dalam ruang yang kecil itu.


2.Ruang gerak yang paling minimum di dalam dapur sekecil itu mestilah sekurang-kurangnya 80 cm persegi dan ia hanya selesa untuk seorang sahaja.


3.Dapur yang berbentuk segi empat tepat dapat melancarkan pergerakan anda serta memudahkan anda untuk menyusun atur kelengkapan dapur.


4.Tempatkan kelengkapan dapur sesuai dengan turutan keperluannya agar memudahkan kerja memasak. Letak kelengkapan dapur saling berdekatan dengan bahagian dapur yang mempunyai 'hubungan kerja'.


5.Dinding yang berhadapan ruang masak perlu dimanfaatkan untuk rak ataupun almari penyimpanan kelengkapan hidangan seperti piring, gelas, senduk, garpu. Lebih baik jika rak atau almari dibuat sampai ke langit-langit ruang dapur untuk dimanfaatkan sepenuhnya di samping menghindari daripada debu berkumpul di atasnya.


6.Jika perlu buat meja gunakan sistem engsel atau laci yang tersembunyi.


 


KLIK UNTUK BACA INFO SELANJUTNYA  12 TIP MUDAH UNTUK LUASKAN RUANG DAPUR YANG SEMPIT