Anak perempuan waktu kecil memang kebanyakkan suka warna merah jambu. Jadi tidak hairanlah bila bab hias bilik anak perempuan tanpa tanya diorang pun ibubapa sudah siap-siap pilihkan warna merah jambu. Warna pilihan ramai ini bukan sahaja mempunyai ciri sejuk dan lembut malah mampu membuatkan kamar tampil begitu istimewa.

Gaya serta hiasan terpulanglah pada anda untuk menetapkannya.Ada yang mengambil inspirasi watak-watak kartun disney dan ada juga yang lebih suka polos tanpa sebarang karakter. Tepuk dada, tanyalah selera!  

Namun perlu diingatkan! Biar bagaimanapun usaha anda untuk mencantikkan kamar tidur si anak gadis ada beberapa perkara yang harus anda ambil perhatian.

1. Mengutamakan keselamatan anak-anak
2. Elakkan menggunakan hiasan atau perabot daripada material kaca serta berisiko pecah.
3. Pastikan katil tidak terlalu tinggi yang tidak kena dengan usia anak anda.
4, Jangan terlalu sarat dengan pelbagai aksesori atau hiasan.
5. Minimakan penggunaan perabot dan sebaiknya menggunakan perabot binaan dalam. Lebih kemas dan praktikal.
6. Pastikan ada sediakan sedikit ruang untuk anak bermain serta belajar di dalam bilik. Tidak banyak sedikit ruang pun sudah memadai.

Berikut WEB IMPIANA kongsikan gaya-gaya menarik kamar si gadis dengan suntikan rona merah jambu yang menawan . Moga ia mampu memberikan inspirasi buat anda..