Pertumbuhan si kecil yang paling maksimum adalah sewaktu sedang tidur. Jika si manja memiliki tidur yang berkualiti maka otaknya juga akan berkembang secara optimum. Jadi, sangat penting untuk anda sediakan tempat tempat tidur yang sesuai buat si manja. Tidak semestinya perlu ada satu bilik khas untuknya tetapi satu sudut yang selesa, nyaman dan sesuai di dalam bilik anda sudah memadai. Bukan itu sahaja ada beberapa lagi perkata yang harus anda ambil perhatian.

 

1. Pasti kan katil baby yang anda gunakan jarak antara bar-bar itu 45mm dan 65mm untuk mengelak daripada kepala bayi tersepit antara bar.

 

2.Seharusnya tidak terdapat sebarang sambungan di sudut dan tiada lubang-lubang hiasan pada papan kepala atau papan di kaki katil baby yang boleh memerangkap tangan dan kaki bayi.

 

3.Pilih bantal, selimut dan mainan lembut yang diperbuat daripada pelbagai jenis material untuk melatih deria sentuhannya. Gunakan ‘bumper’ sekeliling baby cot yang diperbuat daripada pelbagai jenis material berlainan, berwarna-warni dan memiliki corak seperti gambar binatang, buah-buahan, angka ataupun yang terdiri daripada bentuk abjad.

 

4.Sediakan ruang yang nyaman, tenang dan hangat. Suhu kamar perlu kerap dipantau kelembapannya. Bagi yang menggunakan pendingin hawa, suhu yang paling tepat adalah tidak rendah dari 23°celcius. Tingkap juga penting bagi pengaliran semula jadi agar ruang biliknya selalu segar dan bebas daripada bau yang tidak menyenangkan.

 

5.Penggunaan lampu juga harus disesuaikan, lebih baik si kecil tidur dalam keadaan yang redup. Letakkan katilnya jauh daripada titik lampu. Pada waktu malam, gunakanlah lampu sudut agar sewaktu si manja terjaga dia tetap dapat melihat sedikit cahaya.