Perabot yang paling penting dan utama di bilik tidur semestinya katil. Oleh kerana itu lah apabila anda memilih katil pastikan anda membuat keputusan yang tepat. Jangan hanya memandang atau menilai pada reka bentuk yang cantik semata. Anda harus juga pertimbangkan beberapa perkara lain agar anda tidak menyesal atau tersilap membuat pilihan. Web IMPIANA kongsikan panduan memilih katil di bilik tidur.

 

 

1. Buat ukuran bilik tidur anda terlebih dahulu. Ini penting bagi membolehkan anda mengetehui saiz sebenar bilik tidur anda supaya memudahkan anda mengenal pasti saiz katil pilihan

 

2. Pilih katil mengikut penataan gaya pilihan anda. Jika menggemari rekabentuk yang ringkas dan mudah, pilih mengikut cita rasa anda agar tidak menyesal di kemudian hari.

 

3. Pilih tilam yang betul. Tilam yang betul penting bagi menjamin waktu tidur yang baik dan selesa. Buat perbandingan antara jenama tilam di pasaran yang ada di pasaran. Yang penting, tilam tersebut dapat mempunyai struktur tampungan yang baik.

 

4. Membeli katil. Luangkan masa yang lebih lama untuk membuat keputusan dalam pembelian katil dan tilam. Seeloknya, jika pasanagn suami isteri, bawa pasangan anda sekali agar turut terlibat sama dalam pembelian.

 

5. Cari harga yang terbaik. Dengan pelbagai jenama tilam di pasaran, cari jenama dengan tawaran yang terbaik. Begitu juga dengan perabot katil anda. Cari rekabentuk yang benar-benar menambat hati anda pada harga yang berpatutan.