Pada siri 1 sebelum ini anda sudah memahami tentang penggunaan warna yang betul dan seimbang sangat penting. Memang diakui warna terang akan menarik tumpuan kanak-kanak, namun dalam masa yang sama harus juga memastikan bayi serta kanak-kanak masih mampu berehat dan lena dengan baik pada waktu malam. Untuk itu, adalah lebih baik pertimbangkan juga faktor usia dalam memilih warna cat bilik si anak.
 
1. Warna-warna pastel lembut seperti merah jambu, biru dan hijau lembut sesuai untuk mewujudkan persekitaran yang santai dan menenangkan untuk bayi baru lahir serta kanak-kanak kecil.
 
2. Bagi kanak-kanak berumur enam tahun ke atas, merah jambu puteri (hot pink), biru langit (California sky), kuning lemon (lemon zest) dan hijau sayur-sayuran (sweet leaf) adalah pilihan terbaik untuk memberi inspirasi kepada kreativiti mereka serta dalam masa yang sama membolehkan mereka berehat pada waktu malam.
 
Cipta Keceriaan Dalam Kamar
 
Bagi mewujudkan persekitaran seronok dan ceria, penggunaan warna yang berbeza juga boleh digabungkan dengan lakaran corak atau tekapan. Warna yang berbeza juga boleh digabungkan dengan menambah corak atau penggunaan stensil. Dengan menggunakan warna yang lebih cerah sebagai asas, anda boleh cuba lukisan jalur mendatar atau menegak dalam saiz lebar ataupun berbeza warna. Selain itu, anda boleh cuba melukis bentuk chevron yang boleh menambah sentuhan kreativiti dalam bilik tersebut. Stensil juga cara yang cepat dan berkesan dalam mengubah bilik dengan corak dan mural. Dengan berbuat demikian, anda boleh menambah warna-warna terang yang dapat merangsang kreativiti dan imaginasi tanpa mewujudkan suasana yang terlalu padat.
 
Tip Memilih Cat
 
1. Apabila mengecat bilik kanak-kanak, adalah amat penting untuk memilih cat yang tidak mengandungi bahan kimia toksik dan rendah pelepasan Sebatian Organik Meruap (VOC). Dengan pelbagai produk cat Dulux, anda juga boleh memilih cat yang kurang bahaya kepada alam sekitar seperti cat berasaskan air. Dengan menggunakan cat Dulux yang berasaskan air, anda boleh mengecat semula rumah anda tanpa kebimbangan dengan adanya jaminan semua cat ini disahkan Label Hijau Singapura yang memenuhi kriteria ketat pelepasan VOC yang rendah. Ini termasuk mengurangkan bau yang tidak menyenangkan semasa dan selepas mengecat untuk memastikan orang kesayangan lebih selesa.
 
2. Kita tidak akan dapat sentiasa mengawasi anak-anak sepanjang masa dan ada kalanya mereka mungkin mempunyai keinginan untuk meluahkan kreativiti mereka pada dinding anda! Untuk itu, ibu bapa boleh memilih cat boleh dicuci seperti cat Dulux Easy Clean bagi kemasan bilik anak anda supaya kerja pembersihan lebih mudah tanpa menghalang kreativiti dan imaginasi anak anda pada dinding. Diformulakan dengan Tough Teknologi Mineral, permukaan lebih mudah dicuci dan teknologi Colourguard yang terdapat dalam cat Dulux akan mengekalkan ciri estetik dinding.