Inspirasi Mewarnai Bilik Si Anak Siri 1

Terima kasih kepada En. CW Goh, Pengarah Urusan AkzoNobel Paints (Malaysia) Sdn Bhd.

Mengecat bilik anak satu aktiviti yang menyeronokkan. Lebih menarik lagi andai anda sebagai ibu bapa membenarkan anak-anak memilih sendiri warna yang disukainya. Namun, untuk mendapat padanan warna yang menarik memerlukan pemilihan yang teliti jika anda mahu mewujudkan suasana atau gaya yang tertentu. Dulux jenama cat terkenal ada tip buat anda.

Warna-warna terang pastinya menarik perhatian kanak-kanak kerana mereka sering mengaitkan warna cerah dengan intensiti emosi. Bagi pemilik rumah yang kurang pengalaman dan mahu mengecat sendiri (DIY), satu tip buat anda adalah untuk menggabungkan warna-warna terang dan sejuk untuk keseimbangan suasana. Berikut menunjukkan impak warna yang berbeza untuk anak anda:

1. MERAH: Memberi gambaran kemarahan dan bahaya tetapi dalam masa yang sama boleh dikaitkan dengan keriangan. Tip mudah adalah menggabungkan warna ini dengan perabot yang berwarna lembut untuk mencapai keseimbangan.

2. PUTIH DAN MERAH JAMBU LEMBUT: Gabungan warna ini menggalakkan persekitaran santai dan menenangkan untuk bayi dan kanak-kanak yang lebih muda. Sementara itu, merah jambu lembut boleh membantu mewujudkan suasana yang selesa dan tenang.

3. BIRU SEJUK DAN HIJAU: Mewujudkan suasana nyaman dan boleh membantu kanak-kanak berehat dan tidur dengan nyenyak dan tenang di samping dapat merangsang untuk menenangkan kanak-kanak yang merajuk

4. KUNING: Bersifat ceria dan bertenaga di mana kombinasi sifat ini boleh menyebabkan rangsangan berlebihan dan kesukaran untuk tidur kepada bayi atau kanak-kanak. Jadi,tip terbaik ialah sentiasa gabungkan elemen yang lebih lembut.

Nantikan sambungan siri 2 tip memilih warna yang sesuai dengan umur dan tip memilih cat yang sesuai.