Bonjour! Bahasa Perancis yang bermaksud helo. Kehebatan reka bentuk dan seni di benua Eropah ini sememangnya menjadi perhatian dan panduan masyarakat dunia. Diinspirasikan daripada suasana kedesaan di Perancis, ketenangan dan keindahan elemen ini ditafsirkan pada penataan bilik tidur ala French Countryside. Buat anda yang jatuh cinta dengan gaya French Countryside ini antara yang harus anda tahu ialah:

1.French Countryside diinspirasikan daripada suasana desa di Perancis yang dipengaruhi oleh elemen reka bentuk era Victoria pada abad ke-18. Ini menjadikan ia kelihatan lebih feminin dan alami, jika dibandingkan dengan gaya penataan kedesaan Inggeris.

Sumber Foto: www.doityourself.com


2.Selain itu, material besi waja (wrought iron) turut digunakan.

Sumber Foto:www.pinterest.com


3.Kepala katil yang polos tanpa reka bentuk yang sarat menyerlahkan reka bentuk katil dengan rona putih.
 
Sumber Foto:www.serenitylivingstores.com
 

BACA JUGA: 6 BILIK TIDUR DENGAN SIMBAHAN WARNA MERAH YANG PASTI BUAT ANDA KAGUM

 


4.Perabot seperti katil, almari, meja sisi menggunakan material kayu seperti oak dan pain.

Sumber Foto:french-country-style.blogspot.com


5.Warna malar segar seperti biru lembut, hijau dan alami seperti putih digunakan bagi menata gaya ini. Bagi mewujudkan kontras, warna bumi juga boleh digunakan.

Sumber Foto:itisawomansworld-greece.blogspot.gr


6.Lampu meja dan lampu candelier yang sarat dengan unsur feminin dari segi reka bentuknya.

Sumber Foto:french-country-style.blogspot.com


SARANAN WEB IMPIANA
1.Wujudkan suasana ala santai bersahaja di bilik tidur anda dengan penataan ini. Sesuai bagi pasangan yang sudah berkahwin mahupun si bujang atau si dara.
2.Wujudkan keempukan dan keselesaan dengan menggunakan tilam dan bantal pada ruang katil anda
3.Tambah aksesori dengan menggunakan lukisan alam flora bercirikan kedesaan pada ruang dinding