SERLAHKAN IDENTITI

 

  • Mungkin selama ini kebanyakan kita terikat dengan konsep tertentu yang biasanya kurang menampilkan personaliti pada ruang bilik tidur. Sedangkan bilik tidur merupakan antara ruang lingkung yang paling lama kita luangkan masa di dalamnya. Terutama bagi yang turut menempatkan ruang menonton, bekerja dan belajar di ruang ini.


PEMILIHAN PERABOT

  • Anda disarankan agar memilih perabot mengikut fungsi dan keperluan anda sendiri. Pemilihan perabot seharusnya menitik beratkan elemen warna dan reka bentuk yang serasi diganding bersama. Sebaik-baiknya katil, almari, meja solek, sofa dan lain-lain perabot di ruang ini membawa elemen yang sama dan serasi. Jangan lupa perancangan ruang storan yang nampak kemas dan sistematik.

 

PENCAHAYAAN RUANG

 

  • Bagi yang melakukan aktiviti bacaan dan kerja di ruang ini, anda disarankan menggunakan pencahayaan kerja seperti lampu membaca, selain pencahayaan am dan aksen. Aksen warna warm light digalakkan bagi warna pencahayaan bilik tidur agar menimbulkan mood cosy.

 

KEMASAN LANTAI

 

  • Memilih lantai jubin atau kayu laminasi terpulang kepada cita rasa dan konsep keseluruhan ruang bilik yang telah anda hias. Penggunaan permaidani dan rugs juga boleh menyelamatkan kecacatan kekal pada lantai selain menghias ruang menjadi lebih menarik dan menambah keselesaan.

 

AKSESORI

 

  • Bagi menambah lagi suasana bilik tidur agar tampil peribadi, jadikan koleksi kegemaran dan minat anda sebagai dekorasi pelengkap ruang.Contohnya koleksi poster, gambar, buku dan hiasan aksesori di meja. Dekorasi seperti ini bakal menyerlahkan kreativiti dan kelainan yang pasti mencuri perhatian. Ruang akan nampak lebih personal dan dekat di hati anda.