Semua orang memerlukan ruang penstoran yang agak besar untuk menyimpan pakaian dan aksesori. Ini bagi memastikan pakaian yang di simpan sentiasa dalam keadaan yang tersusun rapi, mudah di cari, tidak berkedut-kedut andai telah siap di gosok dan macam-macam lagi. Jadi bukan satu yang membazir sekiranya anda mampu ataupun punya bilik yang banyak sediakan sahaja sebuah bilik khas untuk menyimpan pakaian dan aksesori anda. Tidak perlu bilik yang besar sebaliknya bilik yang kecil sudah memadai.

Anda boleh menata hias bilik ini dengan kelengkapan yang sempurna sesuai untuk di jadikan bilik pakaian anda. Pastikan kabinet bina dalam yang di bina rapat ke dinding dan tidak perlu sebarang hiasan yang sarat. Bukan itu sahaja, sebaiknya bilik ini juga sentiasa dalam keadaan yang kering agar pakaian yang di simpan tidak berkulat ataupun dalam keadaan bau yang kurang menyenangkan. Satu lagi yang harus anda ambil perhatian ialah pastikan ruang ini punya pencahayaan yang baik agar memudahkan anda mencari serta memilih pakaian yang bersesuaian.

WEB IMPIANA kumpulkan untuk anda 10 bilik pakaian yang ringkas sahaja rekaannya tetapi masih tetap tampil elegan bergaya.   

 


Sumber Foto: jiasong23.com

 


Sumber Foto: pintrest

 


Sumber Foto: sheterness.com

 

Sumber Foto: houseplansandmore

 

Sumber Foto: homeschannel

 

Sumber Foto: glamaourmamman

 

Sumber Foto: decorations-ideas

 

Sumber Foto: daily.mail

 


 

Sumber Foto: avso.org