IJM Land membuka sebuah lembaran baru dengan pembanguanan mampan di tengah kota yang diberi nama pantai Santral Park. Dibina di atas tanah berkeluasan 200 ekar di Bukit Kerinchi, ia menjadi sebuah perbandaran mampan yang menempatkan 7 fasa kediaman dengan 6 fasa komersial berkonsepkan moden. Ia di jangka sempurna dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Memastikan asas pembangunan tercapai, 58 ekar daripadanya diberi kepadatan yang menghijau. Ia  sebagai salah satu inisiatif pemaju dalam menggalakkan cara hidup sihat sama ada untuk penduduk nya secara khusus dan persekitarannya secara am.

Baru-baru ini, IJM Land Pantai Sentral Park menjemput kepada umum untuk menikmati suasana menyegarkan dengan kepadatan kehijauan Taman Rimba Bukit Kerinchi. Ia telah di buka kepada umum sejak 12 Ogos 2017 dan merupakan sebuah tapak rekreasi di tengah kota metropolitan lengkap dengan fasiliti.

 

Dari pintu masuk utama, pengunjung dijamu dengan pengalaman memukau dimana sebuah jambatan gantung menjadi penyambut dengan latar dan irama semulajadi kicauan unggas. Dihadirkan taman rekreasi ini bagi tujuan mengalakkan aktiviti luar bersama keluarga sambil berdamping dengan persekitaran hijau di hujung minggu. Pelbagai aktiviti riadah sama ada aktif mahupun pasif sesuai dilakukan di taman ini.

Antara aktiviti yang di sarankan pemaju adalah seperti berkelah, berjoging, mendaki dan pelbagai lagi. Segala kemudahan telah disediakan untuk keselesaan pengunjung.