Anda ada perancangan untuk menetap di persekitaran baru di Sungai Petani Kedah? Jom kita lihat projek pembangunan baharu oleh Paramount Property™ di Bukit Banyan ini.




Bertemakan 'Dekat Dengan Alam Semulajadi', pembangunan seluas 520 ekar ini dibina dengan landskap indah lalu memberi penduduk peluang untuk menikmati gaya hidup relaks dan mendamaikan. Terdapat 8 buah taman tema unik dan kawasan landskap 20 ekar dengan elemen air dan tasik sekitar precint kediaman yang ada.




Eugenia 3 merupakan rekaan rumah terbaru oleh Bukit Banya. Siap sedia dengan 4 buah bilik + 1 bilik utiliti, luas binaan 2,950 kaki persegi dan saiz lot sekitar 40' x 85'/90', ia adalah pilihan tepat bagi yang ingin hidup berkeluarga di sini. Bukan sahaja Eugenia 3 tampil berstail malah cukup menyelesakan.

 




Jaringan perhubungan dari Bukit Banyan juga mudah melalui Jalan Lencongan Timur, laluan persekutuan Sungai Petani - Alor Setar dan Lebuhraya Utara - Selatan. Pusat bandar Sungai Petani pula terletak hanya 9 kilometer dari kediaman anda.