Biarpun ruang terhad, terutama ruang tamu mempunyai cabarannya yang tersendiri, namun jika bijak mengatur, ruang yang sempit akan kelihatan hebat dan berfungsi dengan baik. Pemilihan warna, aksesori dan kemasan lembut amat penting dalam menghias kediaman jenis kompak atau sempit ini, jadi kami kongsi beberapa tip yang boleh anda dijadikan rujukan.

 

1. Gabungan warna-warna cerah sama ada pada permukaan dinding dan pilihan fabrik mudah untuk disesuaikan dengan perabot. Warna putih bersih adalah warna selamat kerana mampu hadir bersama warna-warna lain.

 

2. Kehadiran tekstur lembut dapat melapangkan ruang berbanding tekstur kasar. Kemasan lantai dengan sisipan panel kaca boleh membantu menyediakan pencahayaan pada keseluruhan ruang.

 

3. Elakkan penggunaan warna terang dan kontra pada bahagian bersebelahan sumber cahaya untuk mengelakkan dinding atau siling kelihatan seolah-olah terapung dan nampak tidak kekal.

 

4. Penggunaan langsir di antara siling dan lantai memberi efek pada dinding tampak lebih tinggi dan luas, iaitu seolah-olah wujudnya garisan menegak antara permukaan lantai dan siling.

 

5. Kemasan dinding yang jelas tentunya beri efek besar pada ruang. Tip terbaik adalah membiarkan permukaan dinding kekal licin tanpa mengubah kepada permukaan yang kasar dan berserabut.

 

6. Penggunaan kertas dinding perlu diberi perhatian. Sekiranya anda salah memilih kertas dinding dengan padanan warna dan kedudukan yang berlawanan, akan memberi efek pada ruang.

 

7. Elakkan motif kertas dinding yang terlalu kecil atau terlalu besar. Pilihan corak biarlah sederhana dan tidak sarat.

 

8. Kertas dinding berjalur menegak atau vertikal adalah pilihan bijak kerana mampu memberi kesan siling lebih tinggi, seolah-olah wujud tiang dalam ruang. Pilihan warna yang dicadangkan untuk jalur vertikal ialah kumpulan warnawarn putih, natural dan pastel.

 

9. Penggunaan cermin kaca terutamanya pada binaan tingkap, pintu dan dinding dapat membantu menjadikan ruang lebih luas. Ini membantu ruang agar tidak Nampak terkurung dan boleh berinteraksi dengan bahagian luar.

 

10. Penggunaan permaidani atau ambal dengan pilihan corak dan warna cerah boleh dijadikan pilihan.