Adakalanya ciptaan manusia di era moden ini seperti sudah tidak tercapai di akal kita. Terlalu kreatif sehinggakan praktikaliti itu di abaikan dan inilah yang berlaku pada ciptaan mangkuk tandas ini. Web Impiana kongsikan dengan anda lapan ciptaan mangkuk tandas yang ‘cool’ tetapi sangat ‘crazy’. Tengoklah satu persatu. Anda pasti akan kagum tetapi menggelengkan kepala...

  

Zombie Toilet – Ini memang menakutkan dan silap-silap boleh terkena serangan kecil pada jantung setiap kali masuk tandas. 

 

Aquarium Toilet – Ada pula ikan-ikan menemani. Memanglah cantik tetapi kesian juga lah pada ikan-ikan itu.

 

Transparent Toilet - Moden dan rekaan yang sangat inovatif tetapi praktikal kah untuk sebuah ‘toilet bowl’ bercirikan transparent?

 

Gold Toilet – Wow emas! Berpibar-pinar mata bila setiap kali masuk. Tersangat lah kaya si empunya kalau tandas sudah sebegini rupa.

 

Toilet Bike – Ini sesuailah untuk mereka yang suka travel menggunakan motorsikal.

 

 

Swarosvski Crystal Toilet - Kalau sudah bersalut begini cantik jangan kata nak gunakannya, nak sentuh pun takut.

 

 

Sofa Toilet – Selesa dan empuk sangat kalau tandas begini. Jangan tertidur dalam bilik air sudahlah.

 

Pipe Shaped Toilet – ‘Funky’ dan ceria bukan sahaja pada reka bentuknya tetapi warnanya juga.

Sumber: www.lolwot.com