Konsep moden kontemporari merupakan antara konsep yang sering dijadikan pilihan ramai. Namun dalam menterjemahkan konsep ini anda harus tahu apa dan tidak patut dilakukan. Agar apa yang anda gayakan nampak tersusun cantik serta kena pada gayanya. Berikut perkara asas untuk konsep moden kontemporari yang anda perlu tahu!

 

DO

  1. Penggunaan warna neutral, putih atau hitam sebagai warna dominan yang digayakan bersama warna-warna ceria sebagai elemen penyeri. Ia boleh digunakan pada warna perabot, kemasan mahupun dinding tumpu.

  2. Gunakan perabot yang menggunakan reka bentuk yang sleek dan ringkas dengan menggunakan material industrial, seperti komposit, kaca dan plastik.

  3. Jika inginkan kelainan, anda boleh menyuntik elemen-elemen lain seperti retro, vintaj atau klasik pada penggayaan anda. Gunakan elemen tersebut pada kadar secukupnya sahaja, tanpa menenggelamkan elemen utama moden kontemporari.

  4. Gunakan kemasan fabrik natural seperti kapas, sutera, wool dan linen yang mudah digayakan dan memiliki warna dan tekstur yang bersesuaian dengan pelbagai jenis perabot,  throw dan sarung kusyen.

  5. Gunakan pencahayaan daripada sumber yang pelbagai bagi menghasilkan mood dan suasana yang sekali gus menghidupkan elemen moden kontemporari.

 

DON'T

  1. Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak elemen dan aksesori dalam satu-satu ruang atau dinding. Aplikasikan ‘less is more’ dalam penataan ini.

  2. Elakkan daripada menggunakan warna cerah pada keseluruhan ruang. Gunakan ia pada elemen tertentu atau sudut tumpu sahaja dan menggunakan warna neutral atau putih sebagai warna dominan.

  3. Jangan gunakan paten atau corak yang rumit. Penggunaan corak seperti garisan dan geometrikal patut digayakan sama ada pada dinding mahupun lantai

  4. Jangan gunakan perabot dengan ukiran dan kemasan berlebih-lebihan. Perabot dengan reka bentuk sleek dan permukaan yang kemas dan licin boleh digunakan

  5. Elakkan daripada menggunakan material yang sama pada keseluruhan ruang. Anda boleh gunakan pelbagai pilihan material pada kemasan dan perabot, seperti keluli, chrome dan sebagainya.