Kediaman teres dengan keluasan yang sempit dan terhad sememangnya agak menyukarkan untuk anda membahagi-bahagikan setiap ruang agak tetap tampil kemas dan praktikal. Tambahan lagi apabila kediaman yang berkonsepkan terbuka di mana ruang tamu, ruang makan dan dapur berada di pelan lantai yang sama.  Bagi mengatasi masalah ini biasanya ramai yang akan memilih untuk menggunakan pembahagi seperti pintu, bidai dan sebagainya. Namun untuk memberikan anda idea serta panduan yang lebih jelas baca info ini.

 

Warna dan corak dinding

Warna dan corak dinding yang berbeza juga dapat ‘mengasingkan’ dua ruang yang berbeza. Pun begitu, ianya tidak dapat memberikan konsep hijab secara total kerana  ruang tersebut masih boleh dilihat dari ruang yang lain. Walaubagaimanapun,ia agak sesuai untuk ruang yang lebih sempit dan terhad.

 

Sekatan

1.Kabinet

Terdapat 2 jenis kabinet yang boleh digunakan untuk membezakan antara dua ruang iaitu kabinet rendah yang berketinggian 900mm (tiga kaki) dan kabinet yang mencecah hingga ke siling.

 

2.Rak

Rak adalah berbeza berbeza dengan kabinet kerana ia tidak mempunyai dinding atau pintu. Ia amat menarik kerana kelihatan lebih ‘ringan’ berbanding kabinet. Rak tersebut biasanya dihiasi dengan elemen hiasan seperti pasu kecil atau cenderahati serta barangan kraf.

 

3.Skrin

Skrin adalah merupakan pembahagi yang bertindak seperti dinding tetapi boleh dialihkan. Dengan kata lain ia berfungsi secara mudah-alih sama ada menggunakan roda atau diangkat. Terdapat pelbagai bentuk dan corak serta bahan yang berbeza bagi pilihan pengguna. Pastikan skrin yang dipilih memenuhi konsep keseluruhan ruang tersebut.