Warna
Penataan rona warna dari kelompok cerah mampu menjadikan kamar mandian anda kelihatan luas dan selesa. Warna coklat cerah misalnya menyuntik elemen natural yang menenteramkan dan bersesuaian dengan mood yang diingini ketika berada di kamar mandi. Ketinggian siling: Bagi ruangan yang kecil, elakkan daripada memasang siling rendah. Ini akan membuatkan ruangan tampak sempit dan claustrophobic kerana kedudukan siling yang hampir dengan lantai. Lampu candelier di bilik air? Mungkin ia kelihatan pelik, namun ia membuatkan bilik air anda tampil elegan.
 
Pilihan jubin yang tepat
Pilihan jubin yang sedikit lebar juga memberi kesan ruangan tampak luas selain mengaplikasikan jubin berjalur melintang. Elakkan memilih jubin bermotif kecil dan serabut kerana ia hanya akan mengganggu pemandangan anda dan tampak sarat.
 
Pengaplikasian cermin
Jika dahulu, aksesori wajib ada ini hanya dipasang di ruangan tertentu seperti contoh di atas singki. Namun, tahukah anda bahawa ia amat bersesuaian dipasang di setiap ruangan dinding? Rekaan alternatif ini banyak diaplikasikan pada masa kini bagi menggantikan penggunaan jubin. Refleksi yang terhasil dari setiap penjuru mewujudkan ilusi.