Ruang tamu akan nampak hambar dan tidak bermaya kalau tidak ada permaidani. Selain fungsi permaidani ini untuk cantikkan lagi ruang ia juga untuk memberikan keselesaan apabila kita bersantai di lantai terutama apabila ada ramai tetamu yang datang. Ada pelbagai saiz, motif dan warna hinggakan ada kalanya bingung juga untuk memilih dan suai padankan dengan perabot serta aksesori sekeliling bukan?  Web Impiana bagi anda idea . Boleh lihat kesesuaian untuk ruang di kediaman anda ya.  
 

1.Lihat warna yang digunakan pada kotak-kotak di permaidani itu diulang pakai dengan throw cushion di sofa.  Hanya dua item ini sahaja yang menyerlah sedangkan lain-lain perabot misalnya hanya gunakan warna-warna natural
Sumber foto: hgtv.decor.net

 

2.Mewah, elegan dan eksklusif dengan gaya yang di persembahkan. Setuju atau tidak? Kalau dilihat permaidani sengaja di pilih warna yang sedikit terang daripada subjek sekeliling bagi memberikan warna yang mempesona pada ruang.
Sumber foto: housebeauty.net

 

3.Permaidani dan panel di dinding di belakang televisyen tampil dengan gaya dan konsep yang sedondon. Tetapi menariknya warna warni pada permaidani menjadi ruang tampil segar dan menarik.
Sumber foto: addodecor.com

 

4.Memandangkan lukisan yang digantung dan throw cushion yang digunakan tampil dengan warna yang begitu menonjol penggunaan permaidani yang agak polos adalah paling sesuai digunakan. Cuba lihat juga warna permaidani tersebut sama warna dengan pilihan langsir untuk nampakkan kesepadanan.
Sumber foto: eroksny.wordpress.com

 

5.Kalau anda berani boleh cuba gaya ini. Permaidani dengan motif yang agak sarat kemudian di gandingkan dengan sofa yang pelbagai motif juga. Walaupun mungkin ada yang berpendapat agak serabut tetapi bila tengok betul-betul nampak cantik juga. Tapi bijaknya warna yang digunakan lembut dan sejuk.
Sumber foto: sustainablelivingnews.com

 

6.Permaidani berbulu ini memang selesa bila dipijak dan duduk. Tidak perlu rona yang terang sebaliknya rona putih dan cerah juga mampu menonjolkan ruang.
Sumber foto: sustainablelivingnews.com

 

7.Bermula daripada siling, dinding dan akhirnya ke lantai mempunyai kesinambungan dari segi motif yang digunakan. Sekiranya anda mahukan kelainan dan mencipta keunikan pada ruang kediaman rasanya idea ini memang menarik.

 

8.Hamparan permaidani bermotifkan grafik kemudian dipadankan dengan 'throw cushion' dengan motif yang sama menyerlahkan gaya maskulin yang dipersembahkan.