Istimewanya apabila rona putih mendominasi kamar tidur hati akan rasa tenang tiap kali ingin melelapkan mata. Ruang kamar bukan sahaja nampak kemas, luas dan selesa malah putih juga dikatakan memberi kesan kebebasan dan keterbukaan. Bagi yang cintakan warna bersih ini Web IMPIANA kongsikan 6 gaya menarik kamar tidur yang menggunakan rona putih sepenuhnya.
 

1. Ibarat seperti kamar di hotel 5 bintang. Mewah dan elegan. Namun yang paling menarik pemilihan ottoman yang di letakkan di hujung katil. Menguatkan lagi gaya yang di persembahkan.

Sumber Foto: Hgtv.com

 

2. Siapa pun mesti suka kalau tidur di kamar yang begitu indah seperti ini. Idea yang bijak apabila perabot putih di serikan dengan pemilihan cermin, lampu meja serta hiasan kecil yang berona 'crome'. Kombinasi yang sangat menarik.

Sumber Foto: Hgtv.com

 

3. Bagi penggemar konsep Inggeris pasti jatuh cinta dengan gaya dekorasi yang sungguh mempersona ini. Serba putih dengan pilihan perabot berasaskan kayu.

 

4. Wow! kalau sebegini cantik la kamar tidur anda sanggup kah anda tinggalkannya walaupun sesaat? Berkonsepkan Inggeris Moden pastinya menjadi idaman semua orang.

 

5. Satu lagi kamar yang persis seperti kamar suite di hotel mewah. Bukan sahaja berfungsi sebagai ruang untuk melelapkan mata tetapi juga mampu menjadi ruang istirehat yang paling ideal dan kerana itulah kalau di lihat banyak sofa dan kerusi turut memenuhi kamar tidur ini.

 

6. Salah satu kelebihan rona putih apabila di suntik dengan apa sahaja warna bersama dengannya ia akan terus menyerlah. Lihat sahaja pokok hijau tersebut. Walaupun ia hadir ringkas namun tetap menarik pandangan.

Sumber Foto: justpixe.com