Melihat ruang hambar dan tidak bermaya pastinya akan memberi kesan kepada mood anda juga. Sebenarnya untuk menjadikan ruang tampil segar tidak semestinya anda perlu tukar sofa dan Lansing baru. Ada perkara-perkara kecil yang boleh anda lakukan untuk memberikan impak segar pada ruang. Semak panduan ini..


Bunga segar sudah semestinya mampu memberikan nadi pada ruang. Jadi segeralah menjadikan tanaman-tanaman di sekeliling rumah untuk mencipta persekitaran yang lebih selesa dan menenangkan.  Selain memberikan haruman yang menawan keindahannya juga membantu memberikan semangat serta inspirasi baru.

 

Gantungan lukisan atau apa jua hasil seni pada dinding sering menyuntik pesona pada ruang. Namun andai mahukan yang lebih peribadi bingkaikan sahaja apa yang di rasakan punya sentimental pada diri. Ia pasti memberikan keistimewaan yang berganda pada gaya dekorasi.

 

Skema warna neutral sememangnya mampu membangkitkan suasana yang mendamaikan. Namun tidak salah andai warna neutral ini dipadankan dengan warna-warna yang ceria bagi memberikan variasi pada ruang. Caranya mudah sahaja, pilih sahaja kain yang berwarna-warni hasilkan sendiri kusyen hiasan dan throw yang menarik. Anda boleh hasilkan sebarang bentuk kusyen mengikut cita rasa.

 

Peranan langsir adalah penting untuk sesebuah ruang terutama ruang tamu. Namun tidak semestinya memerlukan langsir yang sarat sahaja untuk tampak menarik. Ada kalanya langsir yang dijahit ringkas mampu juga menyuntik suasana yang menawan. Caranya pilih kain yang benar-benar sesuai untuk ruang kediaman anda. Kemudian cuba hasilkan sendiri gaya langsir yang diinginkan. Minimalis akan tampil cantik kalau kena pada gayanya.

 

Wujudkan satu sudut untuk mini water feature. Anda boleh membelinya di kedai. Tidak perlu besar memadai water feature kecil memenuhi ruang.  Bunyi air yang tenang secara tidak langsung akan menyuntik ketenangan.  Dalam pada masa yang sama ia juga turut menjadi terapi minda tatkala seharian penat melayan tetamu.

 

 Wangian juga mampu merubah mood kediaman menjadi lebih segar dan bertenaga. Jadi anda boleh memilih lilin wangi sebagai  wangian yang istimewa  agar setiap orang yang datang terasa begitu nyaman.