1. Pilih warna cerah dan semula jadi untuk kemasan dinding. Warna-warna ini memudahkan anda memilih dan meletak perabot. Jika bercadang menukar dan suai padankan perabot baru juga lebih mudah.

 

2. Lantai kemasan kayu akan mencantikkan lagi penampilan ruang tamu. Jika mempunyai peruntukan sederhana, penggunaan permaidani dalam warna semula jadi adalah alternatif terbaik.

 

3. Kedudukan perabot penting jika mempunyai ruang tamu yang luas. Lebih baik jika membahagikan ruang berkenaan kepada dua kaedah susunan perabot berbeza

 

4. Jika perabot lebih cenderung kepada warna semula jadi, fikirkan kaedah lain untuk menceriakan ruang. Terapkan bantal kusyen berwarna terang atau yang menarik motifnya.

 

5. Menggantung gambar. Bagi yang menggemari karya seni, pastikan anda menggantungkan karya ini atau sebuah karya bertentangan susunan perabot utama.