Selama ini dapur bukanlah bahagian rumah yang warnanya kerap diperhatikan. Namun sudah tiba masanya anda mengubah hal tersebut. Warna sebenarnya dapat mempengaruhi mood ruangan tersebut untuk merasa nyaman dan selesa semasa menyediakan makanan. Berikut adalah empat pilihan warna cat untuk dapur anda

 

*Warna Hangat

Biasanya warna hangat digunakan pada dinding yang tidak terlalu lebar. Contoh warna hangat adalah merah. Namun jangan sampai menggunakan warna merah terlalu banyak kerana warna ini boleh menimbulkan perasaan penat. Agar lebih lembut, padukan warna tersebut dengan warna putih atau coklat. Selain merah, oren dan kuning juga termasuk warna hangat. Warna-warna hangat ini sesuai untuk dapur dengan rekaan tradisional seperti gaya country. Bagi dapur dengan gaya moden gunakan warna yang lebih terang.

 

*Warna Dingin

Warna biru dan hijau secara natural boleh membawa perasaan tenang jika diterapkan di ruang dapur. Warna-warna dingin juga sesuai diterapkan baik pada dapur gaya tradisional atau moden. Warna dingin yang lebih terang boleh diaplikasikan pada peralatan dapur seperti kayu-kayuan. Sedangkan warna dingin yang gelap, seperti biru dan hijau tua, sebaiknya dikontraskan dengan sedikit warna merah atau putih, agar tidak membuat penghuninya kurang bersemangat.

 

*Warna Neutral

Mengecat dapur dengan warna neutral bukan bermakna membuat dapur tersebut tampak membosankan. Menggunakan warna seperti coklat muda, kelabu ataupun putih boleh memberikan anda lebih mudah bermain dengan warna lain. Misalnya menggunakan warna merah atau warna terang lainnya agar dapur semakin berwarna.

 

*Warna Campuran

Di dapur, kemungkinan besar ada lebih daripada satu dinding dan tentu sahaja tidak semua dinding harus memiliki warna yang sama. Gunakan perpaduan warna untuk menciptakan suasana yang dinamis. Aplikasikan warna hangat seperti merah atau kuning sebagai aksen di dinding dan cat sisa dinding dengan warna putih.