Kediaman nyaman yang menghadirkan ketenangan menjadi dambaan setiap pemilik. Memiliki sebuah kediaman mesra alam bukan sekadar memanfaatkan bahan-bahan daripada unsur alam sebagai bahan asas pembinaan semata-mata. Malah merangkumi amalan dalam kehidupan seharian juga menyumbang  kepada tabiat mesra alam.

 

 

1.Tetapkan urusan surat-menyurat dan bil anda secara online. Hal ini ternyata mengurangkan penggunaan kertas dan urusan menjadi lebih cepat. Selain itu, ia juga akan menjimatkan kos penghantaran.

 

2. Konsep pencahayaan semula jadi  yang maksimum pada dada dinding kediaman yang meliputi dinding sesebuah kediaman dan penggunaan tingkap yang dominan memberi laluan kepada kediaman dan penghuninya untuk menikmati pencahayaan semula jadi, serta ventilasi secara maksimum.

 

3. Hijaukan Ruang dalam kediaman anda dengan tanaman di dalam kediaman. Selain memberi kesan mendamaikan nan menghijau, kehijauan tumbuhan renek di dalam kediamanturut menjadi sumber kitaran oksigen. Anda hanya perlu pastikan tanaman yang dipilih sesuai untuk ruang dalaman yang kurang sumber cahaya matahari.

 

4. Gunakan tenaga elektrik secara berhemah, rancang waktu cucian pakaian agar hanya mencuci cucian besar yang berbaloi dengan tenaga yang digunakan. Selain itu, selenggara peralatan elektrik agar anda dapat menikmati kuasa penggunaan secara maksimum.

 

5. Damaikan hati dan pemikiran dengan deruan bunyi-bunyian simfoni alam yang dibawa masuk ke dalam ruang kediaman. Hadirkan ‘water feature’ sebagai penyejuk rasa di dalam kediaman.

 

6. Berlalih kepada lampu dan mentol jenis LED yang menjimatkan tenaga, selain sebagai usaha mengurangkan pembebasan karbon dioksida. Mentol lampu jenis LED juga biasanya mempunyai tahap keterangan yang melebihi mentol biasa. Jangka hayat mentol lampu jenis LED juga lebih panjang.

 

7. Galakkan tabiat ‘Reduce, Reuse & Recycle’ untuk kegiatan seharian. Asingkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas, botol dan tin. Selain dihantar untuk jualan di pusat kitar semula, anda juga boleh memulakan hobi baru seperti projek DIY. Pasti masa lapang di hujung minggu terisi dengan penuh keseronokan.

 

8. Hentikan penggunaan bEg plastik. Amalkan penggunaan shopping bag ketika berbelanja terutamanya barangan keperluan kediaman.

 

9. Tutup suis alatan yang tidak digunakan. Selain dikatakan mampu membantu dalam penjimatan elektrik, langkah ini juga merupakan sebegai salah satu langkah keselamatan di kediaman anda. Tutup suis komputer anda ketika masuk tidur pada malam hari, bukan sekadar meletakkannya di dalam mode sleep

 

10. Gunakan kain pengelap yang boleh dicuci semula berbanding tisu dapur. Langkah ini pasti memberi kuasa penjimatan kepada poket anda selain memelihara alam.

 

11. Elakkan menggunakan bahan cucian mengandungi bahan kimia. Cuba inisiatif semula jadi seperti cuka dan lemon untuk tujuan pembersihan alatan di dapur atau apa sahaja pembersihan di dalam ruang kediaman. Selain lebih selamat dan mesra alam, teknik pembersihan semula jadi lebih menjimatkan dan tidak mengancam kesihatan pengguna.

 

12. Berhemah dengan penggunaan air. Gunakan hanya bila perlu, tutup paip jika tidak digunakan dan jangan memulas buka paip secara maksimum jika tidak memerlukan pancuran air yang berhalaju tinggi.

 

13. Wujudkan taman hijau yang merangkap ruang santai mencari ilham.Manfaatkan sama ada ruang foyer, atau balkoni yang ditransformasikan seolah taman menghijau. Pasti kekusutan dan penat lelah seharian di pejabat terbang hilang di saat anda menikmati secangkir kopi panas di apit kehijauan alam.