Anda ada ruang tamu yang bergaya, ruang makan yang elegan dan kamar tidur yang romantis namun bilik air anda abaikan sahaja penataannya. Perlu diingatkan, kamar mandi turut perlukan perhatian serta penataan yang indah kerana fungsinya tidak kurang pentingnya juga. Berikut tip mencipta kamar mandi bergaya sofistikated.   

1.Perhatikan pemilihan bahan dan material yang digunakan. Marmar berkualiti tinggi harus menjadi pilihan bukan sahaja cantik malah tahan lasak dan kalis calar.

2.Binaan jakuzi menjadikan ruang bergaya sofistikated dan eksklusif, seolah-olah berada di bilik kamar hotel mewah.

3.Kelengkapan asas di kamar mandi seperti pembuka paip, pili dan lain-lain bukan sahaja harus menggunakan keluli tahan karat serta berkualiti tinggi malah tampil dengan rekaan moden yang menarik.

4.Rekaan kamar mandi boleh diperindah kan dengan struktur binaan dinding kaca telus pandang untuk menyediakan suasana lebih privasi dan mengundang.

5.Pilihan warna latar senada, iaitu rona krim lembut atau putih merupakan pilihan terbaik untuk kamar mandi bergaya sofistikated.

6. Berkonsepkan terbuka dan mempunyai tingkap bersaiz besar untuk menyuntik aura resort. Namun jangan risau anda boleh gunakan bidai bagi menutupi tingkap tersebut.

7. Hiaskan kamar mandi dengan aksesori tambahan seperti cermin gantung, bakul untuk barang mandian dan sebagainya. Bukan itu sahaja, dinding juga boleh diberikan sentuhan yang menarik untuk gaya lebih intim dan berbeza di kamar mandi.

8. Hadirkan tumbuhan hijau yang bukan sahaja berfungsi menyalurkan oksigen malah menyuntik udara segar di kamar.

9. Lembutkan lagi suasana di kamar dengan aroma yang harum daripada essential oil ataupun lilin wangi.

10. Pemilihan lampu di kamar mandi lebih indah andai ia hadir dengan reka bentuk yang dekoratif, moden serta cahaya yang dramatik. Namun jangan sampai mengabaikan fungsinya.