Sering kali terjadi hal seperti sofa koyak dicarik kucing atau kenakalan anak-anak yang menyebabkan sofa di rumah rosak dan berlubang-lubang boleh mendatangkan stres kepada kita. Sayang untuk dibuang kerana bahagian lain pada sofa tersebut masih elok dan cantik, takkanlah hanya kerana sedikit caritan anda hendak buang keseluruhan sofanya bukan? Nah, jangan gusar kerana berikut kami kongsikan bagaimana caranya untuk memulihkan keadaan sofa yang sudah rosak atau terkoyak. Namun harus diingatkan, kaedah ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai sofa bermaterial kain sahaja.

 

1.    Jahit kerosakan pada sofa dengan benang kait menjadi paten crochet.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596565.1481248045!/image/image.jpg

Kredit foto: artesanatonapratica

 

2.    Teknik jahitan patchwork juga boleh diguna pakai dalam menjahit semula bahagian sofa yang  telah koyak.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596568.1481248128!/image/image.jpg

Kredit foto: flickr

 

3.    Jika bahagian depan sofa yang berlaku kerosakan, tampalkan dengan fabrik bercorak untuk melitupi bahagian tersebut.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596572.1481248190!/image/image.jpg

Kredit foto: baniyas furniture

 

4.    Tunjukkan kemahiran anda dalam melakukan teknik jahitan sulaman dengan menggunakan benang satin pelbagai warna. Jahit dengan kemas pada bahagian yang rosak itu.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596574.1481248252!/image/image.jpg

Kredit foto: pinterest

 

5.    Luaskan kreativiti dengan menampalkan jahitan crochet yang berlainan corak dan warna pada bahagian hujung sofa yang terkoyak.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596577.1481248342!/image/image.jpg

Kredit foto: growing spaces

 

6.    Pada bahagian lengan bahu yang terkoyak, jahitan crochet dengan cara tampalan ini dilihat dapat membantu melitupi kerosakan yang ada.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596579.1481248750!/image/image.jpg

Kredit foto: stitch Iceland

 

7.    Baiki sofa yang rosak dengan menggunakan fabrik yang berwarna hitam atau material yang sesuai seperti vinyl bagi memudahkan proses suai padan dengan rona sofa.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596581.1481248809!/image/image.jpg

Kredit foto: salihan

 

8.    Tampal kerosakan dengan menggunakan fabrik bercorak floral bagi memberikan sedikit sentuhan kelainan.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596583.1481249006!/image/image.jpg

Kredit foto: mebel v opt, flickr

 

9.    Bagi sofa yang mempunyai kerosakan teruk pada bahagian yang lebih banyak, anda boleh menggabungkan teknik tampalan jahitan sulaman, crochet dan patchwork untuk menutupi bahagian yang rosak tersebut.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596585.1481249078!/image/image.jpg

Kredit foto: pinterest, industry standard design

 

10.    Ringkas, mudah dan cepat. Hanya perlu menampal dengan fabrik bercorak mengikut pilihan anda.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596588.1481249287!/image/image.gif

Kredit foto: the zen of making

 

Sumber: amazinginteriordesign.com