Penghargaan: Rambozzi

PROFIL PROJEK

Projek: Talam Kayu

Tahap projek: Dewasa

Tempoh masa: 5 jam

Kesukaran: ***

Kesesuaian projek: Outdoor

Talam kayu pelbagai guna ini hanya menggunakan bahan yang mudah diperoleh dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Sesuai dijadikan sebagi bekas buah-buhan, talam tanaman dan sebagainya. ingin kelihatan lebih menarik dan padan dengan taman inggeris anda. aliskan cat rona Putih dan lakar motif flora.

Bahan-bahan:

● Pemotong kayu elektronik

● Quick clamp

● Pisau pemotong

● Kayu 1'x 2 '

● Papan kayu

● Skru

● Pita pengukur

● Gam kayu

● Gam 3 saat

● Pemutar skru elektronik

 

Cara-cara:

1. Sediakan kayu 1' x 2' sebagai bingkai talam. Saiz yang diperlukan ialah 2 batang kayu berukuran 16 cm dan 2 batang kayu berukuran 9 cm.

 

2. Kukuhkan bahagian sudut bingkai dengan menggunakan quick clamp supaya tidak berganjak apabila di skru.

 

3. Skru pada setiap sudut cantuman bingkai tersebut.

 

4. Sediakan lantai talam dengan menggunakan papan mengikut saiz frame yang telah siap. Lebih mudah dipotong hanya dengan menggunakan pisau.

 

5. Gosok bahagian potongan dengan menggunakan kikir agar tampil kemas dan tidak tajam.

 

6. Letakkan gam kayu pada sekeliling bingkai talam dan lekatkan papan lantai.

 

7. Untuk lebih kukuh pakukan lantai talam. 


 

8. Sediakan kayu 1' x 2' dengan ukuran 10 cm sebagai tiang pemegang dan padankan pada sisi talam menggunakan skru.

 

9. Ukur panjang kayu silinder yang diperlukan sebagai pemegang dan skrukan pada tiang nya.