Apabila tiba musim buah, saat paling paling seronok adalah apabila nak petik buah tu. Tapi ada satu masalah yang kerap berlaku. APA DIA? Bila dah teruja nak petik buah, pemetik tak ada dan buah pulak tinggi-tinggi sukar untuk dicapai tangan. Kalau yang gigih tu, mereka akan panjat. namun tidak bagi mereka yang gayat.

Jadinya terpaksa beli peralatan khas untuk memetik. Setiap musim ini lah masalah yang bakal dihadapi. Bukan sekadar pemetik buah hilang tak tahu di mana simpan, malah ada juga yang telah rosak dan berkarat akibat jarang digunakan.

Tapi, ada satu penyelesaian paling mudah. Hanya menggunakan 2 bahan utama untuk membina pemetik buah iaitu botol minuman terpakai dan kayu. Modal tak seberapa pun. Lepas nie kalau hilang pun boleh buat lagi CEPAT, MUDAH DAN MURAH.

Bahan-bahan:

1 biji botol minuman terpakai (gunakan botol yang mempunyai bentuk bunga di bahagian tapaknya)

1 batang kayu sebagai pemegang

Pisau pemotong

Gunting

Paku/skru

Tukul besi/pemutar skru

Pita pelekat

Cara-cara:

1. Lukiskan bentuk eye droop dari bahagian tapak botol seperti dalam gambar rajah. saiz bulatannya bergantung kepada keperluan buah.

2. Potong bahagian yang telah dilukis tadi dengan menggunakan pisau potong / Gunting

3. Bentuk bahagian hujung kayu pemegang agar padan dengan mulut botol

4. Cantumkan bahagian mulut botol dengan kayu pemegang tadi dan dikukuhkan dengan skru/paku. untuk lebih kemas, tutup bahagian cantuman dengan pita pelekat