Pemilik kediaman yang memasang lantai jubin pasti akan perasan lama kelamaan bahagian celah-celah jubin tersebut dilihat semakin berdaki dan kehitaman. Kalau setakat mop, memang tidak berkesan untuk menghilangkan daki tersebut biarpun anda guna pelbagai pembersih di pasaraya.

Sesetengahnya ada juga yang berusaha gigih dengan memberus, memang ia berkesan. Tetapi memakan masa yang lama dan memenatkan. Persoalannya ada ke metod yang boleh membuatkan celah lantai jubin tidak berdaki dan kehitaman tanpa memberus? Sebenarnya memang ada! Sediakan bahan-bahan yang berikut...

 

Kaedah pertama

 

Bahan-bahannya:

7 cawan air

1/4 cawan cuka

1/3 cawan jus lemon

1/2 cawan baking soda

 

Cara-caranya:

Anda hanya perlu mencampurkan bahan-bahan tersebut dan terus disapu pada celah-celah lantai yang berdaki. Anda boleh sahaja biarkan semalaman dan bilas terus. Tetapi jika anda inginkan result yang cepat, biarkan sebatian lebih kurang 20 minit kemudian gunakan berus gigi lama untuk menggosok perlahan-lahan dicelah-celah lantai jubin itu.

Menariknya dengan teknik ini, biarpun anda menyental dengan berus gigi, anda tak perlu menyental bersungguh-sungguh kerana kotoran tersebut akan mudah terhakis.

Selepas... memang putih bersih!

Perbezaan ketara yang boleh anda lihat. Satu yang masih belum disapu dengan sebatian dan sebelah kawasan lagi sudah siap dicuci. Berkesankan?

 

Kaedah kedua

 

Bahan-bahannya:

Cecair peluntur

baking soda

kapas

 

cara-caranya:

Bancuhkan kedua-dua bahan tersebut di dalam mangkuk. Celupkan kapas ke dalam sebatian itu. Susun kapas pada celah-celah lantai jubin yang berdaki. Biarkan semalaman dan bilas.

 

Hasil celah lantai yang telah dibiarkan semalaman dan dibilas. Hilang kesan daki yang kehitaman tu kan...

 

Sumber: Accessorize and Organize & A slob comes clean