Tak terfikir pun yang batang paip PVC ini boleh buat barang DIY yang sangat berguna untuk kegunaan kediaman dan juga peribadi. Jom kita lihat!


1.Bekas makanan ayam (Chicken feeder)

-Nampak ringkas dan mudah diaplikasikan.


2. Tempat susun alat tulis pejabat (stationary)

-Untuk menampilkan gaya yang lebih menarik, anda boleh catkan dengan warna kegemaran anda.


3.  Pemegang/bekas simpanan berus gigi

- Pilih batang paip PVC yang lebih kecil dan panjang. Bersesuaian untuk menyimpan berus gigi anda dan seisi keluarga.


4. Planter

-Sekali imbas tak nampak macam batang paip PVC bukan?


5. Rak kasut

-Untuk menjadikan ia sebagai rak kasut, anda harus pilih saiz batang paip yang mampu memuatkan sepasang kasut. Bagi menambah gaya lebih rustik, biarkan cat tersebut tidak dicat penuh.


6.  Vertikal PVC strawberi tower

-Tebuk beberapa lubang untuk membenarkan tumbuhan menjalar bagi membentuk pohon vertikal.


7. Kerusi kanak-kanak

-Anda hanya perlu tahu paip yang bertepatan untuk disambungkan di antara satu sama yang lain. Dan membentuk sebuah kerusi kanak-kanak.


8. Rak baju

-Untuk menjadikan ia lebih sofiskated dan moden, cat dengan rona putih.


9. Pemegang pengering rambut

-Pilih batang paip PVC yang bersesuaian seperti di bawah untuk memudahkan anda menyimpan badan serta wayarnya.


10. Simpanan selendang dll.

-Tak perlu melipat dan lebih mudah dicari.


11. Gol bola kanak-kanak

-Sudah tentu anak-anak anda lebih teruja dan girang dengan hadiah DIY ini!