Pilihan pereka-pereka hias dalaman dan pembuat kabinet dapur sekarang begitu banyak tumbuh bagaikan cendawan. Namun yang dicari-cari oleh pemilik rumah semestinya mereka yang dapat menghasilkan rekaan berkualiti, siap pada waktunya, berjaya menyempurnakan kehendak pemilik dan semestinya hasil yang diketengahkan setara dengan kos yang dilaburkan.

 


Salah satu syarikat yang menjadi pilihan Web Impiana ialah syarikat Rabvolks Homes Sdn Bhd yang memiliki kecekapan dalam menjalankan kerja kemasan dalaman dan kerja-kerja berspesifikasi terutama kerja kayu dan besi, pendawaian serta pemasangan kelengkapan elektrik.


Selain dari itu, Rabvolks Homes Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan pusat sehenti yang merangkumi rekaan dalaman dalam bentuk 3D, kerja-kerja pengubahsuaian rekaan dan hiasan dalaman serta melaksanakan kerja kemasan akhir seperti kerja pemasangan kertas dinding, permaidani, siling, lantai dan sebagainya.

 


Paling menonjol mengenai syarikat ini ialah kehebatan mereka dalam menghasilkan kabinet dapur dan sememangnya sentiasa mendapat permintaan tinggi dari pelanggan mereka yang berada disekitar kawasan Utara tanah air seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak serta seluruh Malaysia tidak disangkal lagi.


Bilik pameran mereka yang terletak di Kepala Batas dan Jelutong, Pulau Pinang memperlihatkan rekaan Moden Kontemporari dan Klasik. Di sini juga pegunjung akan dapat menilai kualiti serta hasil kerja tangan syarikat Rabvolks Homes Sdn Bhd. Tambah meyakinkan, syarikat ini disokong oleh agensi kerajaan yang terlibat di dalam bidang perkayuan iaitu Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dari segi bantuan mesin berteknologi tinggi, bekalan bahan mentah dan program-program promosi pasaran dalam dan luar negara.


Untuk sebarang pertanyaan anda boleh kemukakan seperti di alamat  berikut dan anda juga boleh terus menghubungi nombor telefon tertera ataupun melalui emel;


RABVOLKS HOMES SDN. BHD
Encik Rashidi Abu Bakar
No. 48 Lot Floor Jalan Dagang 2,
Pusat Bandar Bertam Perdana,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Hp: 012-414 8179 / 012-4836179
Email : rashidi.rabvolks@gmail.com