Memilih kotak, riben dan kertas pembalut hadiah adakalanya menjadi perkara yang paling renyah setiap kali ingin memberikan hadiah pada seseorang. Itu belum lagi proses membalut. Sebenarnya ada cara yang lebih mudah. Guna sahaja bekas tin yang comel dari Romantika ini. Tidak perlu lagi kertas pembalut kerana ia sedia hadir dengan pelbagai rekaan corak dan warna yang menarik.  Bekas yang cukup istimewa ini bukan hanya mampu melengkapkan lagi hadiah anda malah ia juga mampu menunjukkan betapa anda ikhlas memberi dengan memilih bungkusan daripada bekas tin yang berkualiti daripada menggunakan bekas plastik ataupun kotak yang murah.  Bukan itu sahaja, menariknya lagi bekas tin ini juga boleh di guna semula sebagai kotak penyimpanan aksesori, kotak penyimpanan makanan kering di dapur dan banyak lagi.  
 

Pasti anda tertarik bukan untuk memilikinya? Jangan terkejut jika sebelum ini harga bekas tin tersebut dijual pada harga RM12-RM15, kini ia boleh dibeli dengan harga RM3.00 sahaja. Cuma untuk mendapatkan harga semurah ini, anda perlu dapatkan keratan kupon dalam majalah IMPIANA edisi Oktober 2015. Promosi ini sah sehingga 30 Oktober 2015 di semua cawangan Romantika di seluruh tanah air. Best kan? Jadi tunggu apa lagi! Cepat rebut peluang ini dapatkan majalah IMPIANA dan bawa keratan kupon daripada ROMANTIKA untuk membeli bekas tin serba guna ini dengan harga yang cukup murah dan berbaloi-baloi.  
 

Anda juga boleh menempah majalah IMPIANA menerusi aplikasi WhatsApp di talian 011- 2906 1240. Baik tempah sekarang! Biasanya cepat sold out apabila ada promosi seperti ini.