Ruang tamu akan kelihatan tidak sempurna jika tidak dilengkapi dengan sofa. Sofa merupakan elemen penting bagi sesebuah ruang tamu. Bagi anda yang masih keliru untuk memilih jenis sofa yang bersesuaian dengan ruang tamu, berikut ini 6 tip mudah dalam memilih sofa untuk ruang tamu.

 

1.Kosep Kediaman

Anda perlu memilih sofa mengikut konsep rumah anda.Sekiranya rumah anda berkonsepkan klasik, pilihan sofa kayu yang klasik amatlah bersesuaian. Manakala jika ruang kediaman anda berkonsepkan moden, pilihlah sofa dengan reka bentuk yang moden. Jangan tersalah pilih jenis reka bentuk sofa kerana kelak akan menimbulkan kekacauan dalam konsep kediaman anda.

 

2.Bentuk Sofa

Reka bentuk sofa di pasaran mempunyai pelbagai jenis.Setelah anda menentukan konsep kediaman, pilihlah sofa dengan reka bentuk yang sesuai dan selesa untuk kegunaan harian anda.

 

3.Ukuran Sofa

Faktor saiz ukuran sofa amat penting.Anda harus mengukur saiz ruang tamu anda dahulu sebelum memilih sofa.Untuk kediaman yang sempit, anda boleh memilih sofa bersaiz kecil kemudian disuai padan dengan beberapa kerusi berlengan.

 

4.Material

Terdapat pelbagai jenis bahan dalam membuat perabot sofa ruang tamu.Anda boleh mula memilih bahan dari kulit, kain, sutera, mahupun kulit sintetik.pemilihan bahan sofa juga berkait rapat dengan kualiti serta harga sesebuah sofa.

 

5.Warna

Satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan pemilihan sesebuah sofa adalah warna.Pemilihan warna sofa haruslah tepat dan kontra dengan konsep kediaman anda. Anda juga boleh memilih sofa yang mempunyai pelbagai corak dan tidak semestinya sofa  berwarna polos.

 

6.Mix & Match

Kini tidak ramai yang memilih untuk memiliki sofa berset lengkap. Kebanyakkan pereka hias dalaman kini lebih gemar mix & match warna serta jenis reka bentuk sofa. Ia kelihatan lebih pelbagai dan menarik.