Malah ada ketikanya pintu akan terkunci dengan sendirinya dan tertutup apabila tidak dilihat. Malah kelibat dua orang kanak-kanak perempuan juga dilihat bermain-main di sekitar kediaman tersebut dan identity mereka tidak diketahui. Tetapi itu hanyalah kepercayaan mereka sahaja. Apa salahnya kita memiliki kediaman seumpama ini dan dihias secantik mungkin. Adakala gossip setempat bukan boleh dipercayai bukan.

Dibina pada 1856, dengan reka bentuk Greek Revival, kediaman agam ini telah dibeli oleh John McGee Parkman pada 1864. Beberapa tahun selepas perang saudara di Amerika, Parkman telah dipenjarakan di atas kesalahan mengenai perdagangan kapas. Semasa di penjara Parkman cuba melarikan diri namun telah ditembak mati. Isteri beliau terpaksa menjual rumah agam tersebut beberapa tahun selepas kematian Parkman.

Dari detik itulah jelmaan Parkman dikatakan dilihat oleh penghuni kediaman agam tersebut termasuk di persekitaran halaman sehingga ke hari ini. Penghuni selalu melaporkan bunyi-bunyi aneh seperti pintu dihempas kuat, jendela di tutup atau dibuka sedangkan tiada siapa di kediaman tersebut.