Tananan gantung tampak menarik di gantung di gazebo kediaman anda. Kenal pasti kriteria yang perlu bagi membentuk hanging container garden; jenis pasu yang sesuai, struktur sokongan, tanah, keperluan tanaman dan material yang digunakan sebagai asas untuk set tanaman gantung yang elegan dan mewah.

 

 

1. Gunakan bekas tanaman mengikut material yang bersesuaian

  • Semakin besar bekas tanaman yang digunakan, pertumbuhan tanamanakan menjadi semakin baik. Namun, pastikan ia tidak terlalu besar dan sesuai dengan jenis tanaman dan struktur sokongan yang bersesuaian. Bekas tanaman yang besar akan memberi impak visual lebih nyata berbanding bilangan pasu gantung yang banyak.

 

2. Kenal pasti lokasi yang sesuai

  • Pastikan pasu gantung ditempatkan pada lokasi yang sesuai; jauh daripada capaian kanak-kanak atau mempunyai ketinggian yang sesuai dengan ruang laluan seperti di pergola dan wakaf. Ruang yang selamat untuk pemilik dan ruang yang mencukupi bagi pertumbuhan tanaman tanpa gangguan. Elakkan kawasan yang sempit dan aktif.


3. Gunakan tanah yang berkualiti

  • Campuran tanah yang betul adalah 3:2:1 iaitu tanah : pasir : bahan organan. Pada kebiasaannya tanah yang telah siap dicampur boleh didapati di nurseri dalam pek tertentu. Namun, paling baik jika menggunakan soil free potting mix yang dikhaskan buat tanaman berpasu. Selain itu, pastikan juga baja yang sesuai digunakan bagi membekalkan nutrien yang mencukupi buat tanaman.

 

4. Gunakan liner natural untuk wire basket

  • Di antara liner natural yang sesuai digunakan bagi pasu gantung besi ini adalah spaghnum moss atau lumut kering, sabut kelapa atau fi ber koko bagi menampung jumlah yang secukupnya. Liner natural ini juga dapat membantu tanah menyimpan akar pokok pada waktu tertentu di samping nampak lebih menarik daripada pasu plastik.

 

5. Pilihan tanaman yang bersesuaian

  • Kenal pasti jenis tanaman gantung yang bersesuaian. Tidak semua tanaman menjalar atau memanjat sesuai digantung terutamanya pada kawasan yang terlalu tinggi. Padanan antara wire basket dengan tanaman gantung menampilkan kombinasi yang menarik dilihat dari banyak sudut

 

8. Cara membaja yang betul

  • Gunakan slow release fertilizer di dalam campuran tanah dan baja air setiap kali menyiram. Tambah top dressing yang sesuai seperti cocoa pit atau bahan sungkupan natural pada permukaannya jika perlu bagi mengekalkan kelembapan tanah.

 

9. Kekal cara penyelenggaraan yang betul dan berterusan

  • Buang dan potong bahagian pokok yang telah mati atau rosak agar tidak menjangkiti bahagian lain. Selain itu, kaedah ini juga dapat menghalang jangkitan penyakit daripada serangga perosak.